Monday, 2 December 2013

TUDUNG FAREEDA RM10!! - PEMINAT SANGGUP BERMALAM DI KAKI LIMA

Ternampak org share-reshare pics psl sale kat butik tudung fareeda...kiranya peminat2 tudung ni sanggup beratur seawal mungkin utk amik no giliran utk beli tudung ni time sale..betapa ramainya rakyat msia yg mampu pakai tudung mahal kan...



My open letter to Fareeda Bangi. Thinking of following-up with letters to Local Authority, DUN and MP. Anybody can suggest proper procedure/hierarchy?

Salam Butik Fareeda, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Gambar ini menunjukkan salah satu kereta daripada berpuluh-puluh buah kereta, yang dimiliki oleh pelanggan Fareeda, yang meletakkan kereta/parking di hadapan pintu pagar rumah saya sekaligus mengh
alang laluan kereta saya untuk keluar/masuk dari rumah sendiri.

Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 22/12/2012 pada jam 11 pagi. Walaupun pagar rumah saya DIBUKA LUAS dan kereta saya diletakkan di laluan dalam rumah, namun pelanggan kurang bijak ini masih parking di hadapan pintu pagar rumah saya dan menghalang laluan. Walaupun pelanggan Fareeda ini meninggalkan nombor telefon tetapi hanya menjawab panggilan selepas beberapa kali dihubungi.

Apabila pelanggan ini akhirnya muncul untuk mengalihkan keretanya, dia menjawab "ya" apabila ditanya adakah dia pergi ke butik Fareeda, dan ditangannya menjinjing dua beg kertas Fareeda.

Walaupun butik Fareeda tidak boleh mengawal tahap intelektual dan kesedaran sivik para pelanggannya, namun seharusnya tanggungjawab sosial butik Fareeda kepada penduduk sekeliling Seksyen 8 harus dituntut dan dititik beratkan. Sewajarnya butik Fareeda mengamalkan sistem pembelian yang lebih efektif dan tidak menyusahkan pelanggan dan penduduk setempat. Sewajarnya lagi pemilik Fareeda mencari lokasi yang tidak berhampiran dengan kawasan perumahan, contohnya di kawasan perniagaan 3B Curve atau Paragon. Tentunya tidak mendatangkan masalah kepada pemilik Fareeda yang telah mengaut keuntungan, untuk melaksanakan salah satu daripada cadangan tersebut.

Ingin juga saya menambah, ketika Jualan Masyhur yang berlangsung baru-baru ini, pelanggan-pelanggan tegar Fareeda telah berkampung/bermalam seawal jam 12 malam di kaki-kaki lima kedai di sekitar kawasan rumah saya. Saya juga terkejut apabila mereka telah beratur panjang pada jam 6.30 pagi, dan barisan ini memanjang sehingga ke kawasan perumahan. Ini mendatangkan rasa tidak selesa dan tidak selamat kepada saya dan keluarga.

Suka saya berpesan kepada pelanggan-pelanggan Fareeda supaya menunjukkan kalian Nyata Jelita juga mempunyai akal fikiran, timbang rasa, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan sikap berhemah yang setimpal dengan harga tudung yang anda beli/pakai
.
 





Kami diberikan beberapa keping gambar mengenai ragam peminat tudung jenama Fareeda di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor bersebelahan CIMB yang sanggup bermalam beratur panjang dan berkampung hanya untuk mendapatkan tudung Fareeda yang di jual dalam harga runtuh RM10 sehelai .

Ada yang bawa tikar mengkuang untuk di jadikan alas tempat tidur di kaki lima kedai.

Suasana sebegini sudah berlaku beberapa malam semenjak Kedai Fareeda mengadakan jualan murah runtuh.



No comments:

Post a Comment