Sebelum ini Shila Amzah banyak meluahkan perasaan di Instagram dan Twitter berikutan Johan As’ari memilih Lana Nordin sebagai teman hidupnya.
Sememangnya Shila menaruh harapan Johan As’ari sebagai lelaki pilihannya.
Namun apabila Johan mengumumkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan Lana Nordin, Shila telah menyekat semua akaun Instagram dan Twitter Johan As’ari.
Malah, semua gambar-gambar beliau bersama Johan As’ari telah dipadamkan.
Berikutan perkara itu, Johan As’ari mengelar Shila Amzah sebagai tidak matang.
”Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sifat tifak matang. Apa yang boleh saya katakan dia telah pun block akaun Instagram saya dan semua media sosial lain.
Selain itu, Johan juga membetulkan cerita bahawa keluarganya membangkangnya berkahwin denga Lana Nordin.
”Jujur saya katakan apa yang saya lalui bersama Lana pada ketika ini tidak ada apa-apa agenda yang tersembunyi.””Saya juga nak perbetulkan isu yang mengatakan family saya tidak bersetuju saya berkahwin dengan Lana.””Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi family saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main.”
Johan juga mengakui bahawa Lana Nordin telah membawanya bertemu ahli keluarganya.
JOHAN AS’ARI HUBUNGI IBU SHILA DI HADAPAN LANA NORDIN UNTUK BUKTIKAN CINTA
Di dalam Harian Metro hari ini, Lana Nordin menyatakan bahawa Johan telah menghubungi ibu Shila Amzah bagi membuktikan bahawa mereka bukanlah sepasang kekasih.
”Johan menghubungi ibu Shila di hadapan saya. Waktu itu pembesar telefon dibuka dan saya dapat dengar setiap butir perbualan.””Waktu itu saya tahu bahawa selama ini antara Johan dan Shila hanya rakan rapat. Setelah memastikan dia tidak mempunyai teman istimewa, barulah saya bersetuju menerima lamarannya.”
No comments:
Post a Comment