Monday, 2 December 2013

Gambar Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Majlis Hari Jadi anak Nora Danish


Gambar Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Hari Jadi - Majlis sambutan Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri yang memasuki usia dua tahun begitu meriah sekali kerana turut dihadiri oleh Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa rakan selebriti lain.

Jom daftar percuma di SMART POINTS untuk kumpul points anda dan TEBUS dengan barangan Laptop, Camera, Smart Phone, LCD dan banyak lagi.
Majlis sambutan itu diadakan di rumah keluarga Nedim Nazri dan berlangsung secara santai dengan beberapa acara menarik termasuk menaiki keretapi mainan, Catch A Fist, Sticky Ball dan banyak lagi.

Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri, kehadiran pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal ke majlis berkenaan mencuri tumpuan admin dan rakan blogger lain.

Apa tidaknya, mereka sebelum ini pernah dikaitkan sedang hangat bercinta sehingga menjadi punca utama kepada penceraian pemain bola sepak kebangsaan itu dan bekas isterinya, Rita Rudaini. Mungkinkah kehadiran mereka ini memberitahu secara tidak langsung kepada umum bahawa mereka kini bercinta?

Sukar untuk membuat tanggapan terlalu awal ketika ini memandangkan mereka tidak pernah dilihat datang secara berdua dan bersama ke mana-mana majlis lepas. Apapun, mari layan beberapa keping gambar mereka berdua di Majlis Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri.







No comments:

Post a Comment