Saturday, 30 November 2013

Shila Amzah Luah Perasaan Di Laman Sosial

Shila Amzah Luah Perasaan Di Laman Sosial 


Shila Amzah kini menjadi tumpuan di media siber apabila menggunakannya untuk meluahkan kesedihan hati dan perasaan.

Umum kini mengetahui status hubungan Shila Amzah dan Johan Asari terbantut ekoran pendedahan berani mati Johan yang akui mencintai Lana Nordin dan hanya menganggap Shila Amzah sebagai adiknya sahaja.

Shila Amzah yang kini berada di perantauan, China, memang sedang bersedih atas berita itu, yang mungkin diketahuinya dari portal hiburan.

Dia telah mengemaskini dan memuat naik begitu banyak luahan perasaan dan gambar-gambar di laman sosial yang sememangnya dilihat mempunyai kaitan dengan berita percintaan Johan dan Lana. Dan yang paling mendapat perhatian tentulah gambar ibu Johan Asari dengan caption mengharapkan ibu Johan itu tabah menghadapi dugaan.

Jika beberapa luahan hati boleh diterima namun jika terlalu banyak, peminat mula menggap Shila seperti keterlaluan dan meroyan di laman sosial, da nada juga yang mengaggap Shila seperti kurang matang dan kebudak-budakkan.

Jom layan beberapa keeping gambar luahan hati Shila Amzah :




Johan As’ari & Lana Nordin Bercinta — Apa Komen Shila Amzah?

Tidak salah rasanya kalau Shila Amzah di’kaitkan dengan kisah sensasi hari ini di’mana Johan As’ari telah melamar pelakon seksi & kontroveri Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya. Wajiblah kita dapatkan reaksi penyanyi itu. Kan?
Dalam laporan Berita Harian hari ini, Johan As’ari berkata beliau sudah memaklumkan kepada keluarga Shila Amzah tentang hasratnya mengambil Lana Nordin sebagai isteri dan mereka merestui keputusan beliau.
“Mereka memberi restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan santun. Dia muda dan masih jauh perjalanannya. Shila sangat bertuah kerana ada keluarga yang sentiasa berada di belakang. Walau siapa pun jodohnya nanti, saya akan sentiasa doakan kebahagiannya,” jelas Johan As’ari.
Bagaimana pula dengan Shila Amzah? Menerusi akaun Twitter beberapa hari kebelakangan ini, Shila Amzah ada menulis beberapa bait ayat yang kami rasa relevan dengan kisah yang sedang berlaku. Atau mungkin tidak, siapa tahu ‘kan?
“Pilih. Jaga hati dan fikiran. Pilih yang terbaik. Jangan biar diri kecundang dek perasaan. Biar terus mara kedepan ikut kewarasan. Terkadang, yang kita fikir baik untuk kita. Cuma baik di luarannya saja. Ternyata apa yang dirancang oleh Tuhan itu penuh misterinya”
Itu antara bait bait ayat yang di’tulis Shila Amzah. Kebetulan? (rtky/m)

Shila Amzah Luah Perasaan, Padam Gambar Johan As’ari di Instagram

ohmedia-shila-amzah-johan
Nampaknya sekali lagi nama Shila Amzah disebut dek kerana cinta tak jadinya. Kalau dulu cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat tentangan daripada bapa hingga putus ditengah jalan, kali ini nampaknya hubungan Shila Amzah dengan Johan juga tidak kesampaian.
Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang sering meluahkan perasaannya di laman sosial hingga mencetuskan spekulasi. Begitu juga kali ini, Shila Amzah sekali lagi meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter. Biarpun tidak diluahkan secara terus, namun daripada bait-bait perkataannya seperti dapat meneka tentang perasaannya kini selepas hubungan cinta Johan As’ari dan Lana Nordin tersebar.
Bukan itu sahaja, Shila juga turut mula memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambarnya yang bersama Johan di laman sosial Instagramnya, tetapi memuatnaik sekeping gambarnya terbaru bersama ibu kepada Johan dengan caption;
ohmedia-shila-amzah-ibu-johan-as'ari
Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:* @firdausari

ELOKLAH SHILA AMZAH FOKUS PADA KERJAYA YANG SEMAKIN BERKEMBANG. TOLAK TEPI SOAL PERIBADI.

Shila Amzah Pujuk Ibu Johan As’ari

Berita mengenai keputusan Johan As’ari untuk mengahwini Lana Nordin yang tujuh tahun lebih tua darinya selepas berkenalan selama tiga hari mengejutkan ramai pihak. Ada peminat yang mempersoalkan keputusan Johan dan ada yang merestui, tetapi restu peminat tidaklah sepenting restu seorang ibu.
A sad face under the shades — Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya.
Selepas kenyataan Johan mengenai cintanya kepada Lana disiarkan di akhbar semalam, ibu Johan telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menunjukkan kekecewaan. Komen-komen dari pengguna Instagram kepada gambar yang dimuat naik oleh ibu Johan semuanya berkisar mengenai pilihan Johan iaitu Lana berbanding Shila.
 photo 4.png
Namun kekecewaan ibu Johan cuba untuk dipujuk oleh Shila Amzah, yang memuat naik gambar mereka bersama sambil memberi kata-kata positif.
 photo 5.jpg
Walau bagaimanapun, status-status ini sudah dipadam oleh Shila Amzah dari Instagramnya. Setakat ini masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah kepada pihak media mengenai keputusan Johan yang juga memberitahu melalui artikel BH semalam yang dia menganggap Shila seperti adik.

Gambar HD karpet merah Anugerah Skrin 2013 (76 Photo)


Gambar sekitar karpet merah Anugerah Skrin 2013 - Acara karpet merah Anugerah Skrin 2013 sudah pun berakhir beberapa jam lalu begitu juga dengan pengumuman senarai pemenang anugerah berprestij itu.

Scha al-Yahya dan Iqram Dinzly merupakan hos kepada acara karpet merah yang bermula seawal 7.30 malam dan turut disiarkan menerusi saluran TV3.

Jom daftar percuma di SMART POINTS untuk kumpul points anda dan TEBUS dengan barangan Laptop, Camera, Smart Phone, LCD dan banyak lagi.

Antara artis-artis popular yang tidak ketinggalan menggayakan fesyen masing-masing adalah seperti Remy Ishak, Azlee Khairi, Neelofa, Tasha Shilla, Nabila Huda, Nora Danish, Emma Maembong, Zara Zya, Linda Hashim, Beego, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Jom skodeng gambar-gambar menarik setiap selebriti yang terlibat dalam acara karpet merah Anugerah Skrin 2013. Memang amat mengujakan bagi admin.