Saturday, 24 November 2012

Misteri tapak kaki gergasi

Misteri tapak kaki gergasi

MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian.

Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu.

Perbezaan saiz antara kesan tapak kaki yang ditemui dengan kaki manusia.


Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.

“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal.

Pak Rani mengukur tapak kaki bersaiz besar yang berukuran kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar.

“Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya.

Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut.

Penemuan bukan kali pertama

Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung.

“Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat ‘makhluk gergasi’ yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan,” katanya.

Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan ‘big foot’  iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya.

“Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki ‘big foot’ terus menjadi misteri,” katanya.

Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan ‘big foot’ juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani.

Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa.

“Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat,” katanya.

Mohd Zullaidi menunjukkan salah satu kesan tapak kaki yang ditemui dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Marang.

PEMANCING LAUT DALAM DI SERANG TODAK


ADAKAH ANDA JUGA AKAN MELAKUKAN INI JIKA DI DALAM SITUASI YANG SAMA?


Pelakon, pelawak Ahmad Busu meninggal dunia


SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia petang tadi di Hospital Klang.

Allahyarham yang amat dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham turut terkenal dalam penampilan sitkom 2+1 dan Camni Camtu.

Antara pencapaian Allahyarham apabila dicalonkan Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Berita kematian beliau mula tersebar di Twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

Sebelum itu, Pas Selangor turut memaklumkan berita pemergian pelakon komedi veteran ini.

Sumber : Sinar Harian

Sambung semula kemaluan

Taif: Seorang doktor Arab Saudi di sini terpotong bahagian atas kemaluan seorang bayi lelaki berusia 18 bulan secara tidak sengaja ketika mengkhatankannya.

Kejadian itu menyebabkan pihak hospital terpaksa menghubungi pakar kanak-kanak terkemuka untuk melakukan pembedahan kecemasan, menyambung semula kemaluan bayi itu.

Doktor terbabit cuba membetulkan kesalahannya dengan menjahit bahagian yang terputus itu tetapi gagal menghentikan pendarahan dan bayi berkenaan juga tidak henti-henti menangis.

“Hospital kemudian menghubungi pakar bedah kanak-kanak dari Hospital Raja Abdul Aziz untuk melakukan pembedahan.


Usaha pakar berkenaan berjaya menghentikan pendarahan dan bahagian kemaluan yang terputus berjaya disambung semula,” lapor akhbar itu. - Agensi


Sumber : Harian Metro

Dicampak kekasih dari tingkat sembilan

PEGAWAI penyiasat Shan Gopal (kiri) memeriksa mayat wanita yang dicampak dari tingkat 9 di Pangsapuri Setapak Jaya Indah.

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.

“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.

“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.

Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Air kencing Lady Gaga jadi minyak wangi



New York: Seorang penyampai televisyen mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah.

Pengacara rancangan kabel AS Watch What Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik persalinannya.

“Ia cerita lama tetapi memang Gaga melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah.

“Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya.

Cohen berkata, dia meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang cantik. Saya tahu, ia perbuatan yang salah tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya. Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur ke arah anda”. - Agensi


Sumber : Harian Metro

Wednesday, 18 January 2012

21 Gambar Fizo Omar lamar Mawar di Pawagam




TERGAMAM dan terkejut. Itu reaksi Mawar Abdul Karim apabila pandangannya tiba-tiba dipenuhi dengan cahaya lensa jurugambar yang memenuhi ruang pawagam secara tiba-tiba.

Mawar sebenarnya dijemput khas oleh aktor kacak, Fizo Omar untuk hadir ke pawagam Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Namun, tanpa disangka Mawar, itu hanya helah kejutan Fizo buat dirinya.

Ini kerana bagaikan adegan drama, Fizo melangkah masuk bertemu Mawar yang masih terpinga-pinga dengan kejutan yang dilakukan dengan membawa sejambak bunga.

“Sudikah you menjadi pasangan sehidup semati I?”, begitulah ayat pertama yang terpacul daripada mulut Fizo tatkala melamar kekasihnya yang merupakan anak kepada pengusaha tudung Fareeda itu.

Jelas kelihatan gadis berusia 24 tahun itu tersipu malu ingin menjawab soalan bakal suaminya di hadapan kaum keluarga dan pihak media yang hadir pada majlis tersebut.

“Fizo beritahu, hari ini sepatutnya ada pelancaran untuk promosi kariernya, namun pada minit terakhir ia dibatalkan dan dianjak ke sebelah petang. Oleh kerana itu, dia mengajak saya menonton wayang sementara menunggu majlis tersebut.

“Pada mulanya memang saya akui tidak perasan apa-apa kelainan. Namun, setelah melihat Fizo muncul dalam tayangan tersebut, saya menjadi pelik.

“Saya terkejut sebenarnya dan tidak sangka Fizo akan lakukan kejutan begini. Saya juga sangat gementar ketika diajukan soalan (lamaran) oleh Fizo,” jelas Mawar tentang perasaannya selepas dilamar Fizo.

Bagi Fizo pula, selain ingin mengabadikan kenangan indah bersama bakal isterinya itu, dia juga ingin berkongsi momen istimewa tersebut bersama peminatnya.

“Saya sukakan kelainan. Saya memilih untuk melakukan dalam pawagam kerana ia sebenarnya sangat signifikan dengan diri saya yang menjadi seorang anak seni.


MAWAR langsung tidak menyangka Fizo melakukan kejutan buat dirinya.

“Mengenai video tersebut pula, setiap babak punya kisah tersendiri yang mengisahkan tentang saya dan Mawar.

“Diambil sebagai contoh, Hot Burger iaitu bisnes saya kini serta bagi Mawar pula tudung Fareeda.

Ada juga berbentuk iklan yang saya masukkan seperti Line, Drive M7, Celcom, Ducati yang mana saya merupakan duta kepada produk-produk tersebut,” tuturnya yang turut memberitahu bahawa video tersebut akan dimuat naik dalam laman YouTube kelak.







Restu keluarga
Memandangkan Fizo dan Mawar sangat rapat dengan keluarga mereka, maka segala keputusan yang dibuat juga di atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak.

Usai majlis merisik yang berlangsung pada 26 Ogos lepas, Fizo dan Mawar bersetuju untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan mereka.

“Jika ikutkan kami berdua tidak mahu bertunang dan terus berkahwin sahaja.

“Namun, mengikut nasihat dan adat kedua keluarga, kami ambil keputusan untuk bertunang juga. Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar, kami akan bertunang pada 9 November dan akan melangsungkan pernikahan pada keesokan harinya iaitu 10 November.

“Kedua-dua majlis tersebut akan diadakan di kediaman Mawar sendiri yang bertempat di Country Heights, Kajang, Selangor.

“Sebelum itu juga, akan diadakan majlis khatam al-Quran dan majlis berinai di tempat yang sama,” jelas Fizo yang masih belum merancang tentang majlis resepsi mereka.

Ujarnya lagi, tentang perancangan kasar majlis resepsi kelak, ia akan dilakukan dalam masa terdekat dan paling lewat berkemungkinan pada bulan Januari, 2014.

Berbicara mengenai lokasi pula, majlis tersebut bakal diadakan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Kelantan.

“Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang tema untuk majlis tunang dan nikah. Hanya sederhana dan biasa sahaja, kerana itu kami memilih untuk mengadakan majlis tersebut di rumah dengan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak saudara.









DALAM hati Fizo kini dimiliki Mawar.

“Namun, Insya-Allah, mungkin ketika majlis resepsi kelak kami akan jemput lebih ramai orang,” tuturnya mengenai tema dan persiapan majlis.

Gurauan jadi kenyataan

Ditebak persoalan tentang awal perkenalan mereka, ujar Fizo, kisah cinta mereka bermula pada tahun lepas setelah jejaka dari Kelantan itu hadir ke pelancaran butik Fareeda di Bangi, Selangor.

Bicaranya lagi, setelah membeli beberapa helai tudung buat ibunya, Fizo sempat bergurau dengan mengatakan, selepas ini dia ingin membawa pulang model tudung Fareeda pula.

“Namun, setelah itu kami tidak berhubung selama setahun dan awal tahun bulan Mac atau April 2013 kami bertemu semula atas urusan kerja.

“Dari situ, kami mula rapat dan berkawan. Bagaimanapun, jujur saya akui, agak sukar untuk mendekati Mawar kerana sikapnya yang sangat tegas,” tutur Fizo yang mula rapat sejak enam bulan yang lalu.

Cerita gadis kelahiran Pulau Pinang itu pula, Fizo menjadi pilihan hatinya kerana pada mata gadis itu, Fizo merupakan seorang jejaka yang mementingkan keluarga.

Tambahnya, selain itu komitmen terhadap karier serta kesungguhan Fizo melembutkan hatinya membuatkan Mawar akhirnya akur dengan lelaki yang juga mendapat restu dan pilihan keluarganya itu